SATU RASA DUA HATI



SATU RASA DUA HATI
Pahrol Mohd Juoi
Galeri Ilmu Sdn Bhd
RM 22.50














SATU RASA DUA HATI merupakan sebuah buku yang menarik dan patut dimiliki oleh setiap insan yang sudah berkahwin. Malahan yang sedang membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga pun digalakkan untuk mengambil isi buku ini sebagai panduan dalam melayari bahtera perkahwinan kelak.

Gagasan fikiran, landasan hati dan jalur emosi penulis yang disampaikan dalam bentuk penceritaan, dialog dan monolog ternyata memberikan satu kefahaman yang amat mudah dan mendalam untuk difahami oleh pembaca bagi menghayatinya.

Berdasarkan pandangan saya, buku ini terbahagi kepada tiga fasa perhubungan yakni sebelum berkahwin, sudah berkahwin dan akhir perkahwinan (usia emas).

Sekarang, ramai lelaki dan kaum wanita berebut-rebut untuk mendapatkan pasangan yang soleh/solehah. Walaupun diri terasa jahat atau tidak sempurna, ia tetap juga berkeinginan untuk mendapatkan pasangan yang patuh kepada agama. Tetapi bagaimana?

Maka, dalam mendapatkan pasangan hidup yang soleh/solehah, seseorang itu haruslah memperbaiki diri terlebih dahulu. Jadi kan diri sendiri seorang yang patuh kepada Allah swt dengan meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada-Nya. Maka, kesudahannya peluang untuk pasangan yang diidamkan menjadi kenyataan dengan niat ikhlas kerana Allah swt.

Seterusnya dalam buku ini, ia juga menerapkan persoalan-persoalan yang biasa berlaku dalam alam rumah tangga dengan penyampaian jawapan secara berhemah dan santai melalui dialog perbualan dan monolog dalaman penulis. Sesekali diselitkan dengan ilustrasi berkenaan dengan pokok persoalan yang dikemukakan.

Misalnya, dalam persoalan penceraian yang semakin berlarutan dalam kehidupan masyarakat kini. Mengapa perkara ini berlaku? Maka, penulis telah memberikan sedikit pendedahan yang cukup mengesankan berdasarkan realiti dalam sesebuah kehidupan pasangan berkahwin yang mungkin terabai dan tidak dipedulikan tanpa sedar. Contohnya dalam bab “Imarahkan Masjid Di Rumah Kita” dan “Jual Mahal pada Suami”.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails