Pandang Sisi: HEBATNYA KUASA ISTIKHARAH

Pandang sisi: Hebatnya Kuasa Istikharah

Imam Musbikin, penulis buku ini, telah mengolah buku ini dengan baik sekali. Iaitu dengan menjelaskan konsep istikharah, pelaksanaan sehinggalah kepada kesannya. Beliau juga menerangkan kenapa perlunya istikharah, bukan sekadar memilih jodoh. Penjelasan-penjelasan beliau, bukan sahaja bersandarkan ayat al-Quran dan al-Hadis semata, tetapi turut diperkukuhkan dengan penjelasan saintifik dan juga analogi yang rasional dan munasabah. Sungguh menarik apabila ia mengaitkan konsep sains dengan kesempurnaan solat istikharah.

Antara analogi yang menarik ialah, bagaimanakah cara televisyen di setiap ceruk tempat mendapat siaran dari stesen penyiarannya? Melalui gelombang. Gelombang yang dihantar oleh stesen tersebut, dikesan oleh antena televisyen yang diaktifkan. Kemudian diproses menjadi gambar dan suara yang tertayang di skrin televisyen tersebut. Begitulah juga gelombang ketuhanan yang di’on’ 24 jam sehari, akan dikesan oleh godspot, iaitu bahagian otak yang memberi reaksi dengan agama dan kerohanian. Apa kaitan ini semua dengan istikharah? Jawapannya, ada dalam buku ini. Dapatkannya di gerai SAHAM dengan harga RM11.90 sahaja.

Pandang sisi: sinopsis dan ringkasan oleh Mohamad Noradli bin Hashim


1 comments:

brotherg "G" said...

saya nak beli buku ni bleh post x ke alamat sy?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails