MENARIK!! sempena MAULID..

Assalamualaikum...w.b.t
Alhamdulillah... buat pertama kalinya sempena malidur Rasul kali ini dari unit biro keushawanan SAHAM telah berjaya menghasilkan badges/button dan key chain yang kelihatannya sungguh menarik dengan design yang ada contohnya (muslimah cover aurat, save palestin,no Valentine's day, kami cinta Rasulullah,hidup mulia mati syahid) dan pelbagai lagi!!! =)




Jadi jangan lepaskan pelang anda untuk memiliknya..
. insyaALLAH.. semuanya akan ada di sepanjang jualan minggu ini...

selain itu.. mathurat/himpunan zikir-zikir juga oleh didapati...











Mari bersama memeriahkan lagi maulid tahun ini sempena kelahiran teladan terbaik ummat.. semoga kita dapat mencontohi baginda dalam setiap perkara.. =)
KAMI CINTA RASULULLAH!!


MANHAJ HIDUP MUSLIM






MANHAJ HIDUP MUSLIM
Al Syahid Sayyid Qutb & Abu'l A'la Al-Maududi
Dewan Pustaka Fajar
RM 16.00











Pengakuan sebagai Muslim tidak mendatang sebarang erti kepada seseorang seandainya kepercayaannya, keimanannya, akhlaqnya, budi perangainya dan 'amal kerjanya sama seperti orang bukan Islam. Orang yang digelar Muslim itu mempunyai identitinya tersendiri dan mereka mempunyai panduan yang tersendiri pula dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi menjamin kejayaan, keselamatan dan kemuliaan hidup mereka.

Buku ini insya Allah akan menjelaskan secara terperinci makna dan pengertian Iman, Islam dan Muslim. Memandangkan kandungannya yang sungguh baik kami berharap buku ini bukan sahaja menjadi bahan bacaan para penuntut yang ingin mendalami kefahamannya tentang Islam malah ia akan digunakan dalam kumpulan-kumpulan perbincangan (usrah) yang sejak akhir-akhir ini menjadi satu institusi tarbiyyah yang berkesan.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA - Pentingnya Pengetahuan Bagi Seorang Muslim
BAB KEDUA - Perezaan Di Antara Seorang Muslim Dengan Seorang Kafir
BAB KETIGA - Masalah-Masalah Yang Wajib Direnungkan
BAB KEEMPAT - Makna Kalimah Tayyibah
BAB KELIMA - Kalimah Tayyibah Dan Kalimah Khabithah
BAB KEENAM - Tujuan Beriman Kepada Kalimah Tayyibah
BAB KETUJUH - Siapakah Yang Digelar Muslim?
BAB KELAPAN - Ujian Keimanan
BAB KESEMBILAN - Ciri-Ciri Islam Yang Sebenarnya
BAB KESEPULUH - Apakah Tujuan Patuh Kepada Allah
BAB KESEBELAS - Perbezaan Di Antara Din Dan Syari'ah
BAB KEDUABELAS - La Ilaha IllaLlah: Manhaj Hidup Muslim
BAB KETIGABELAS - Rupabangsa Muslim Dan 'Aqidahnya
BAB KEEMPATBELAS - Ambil Islam Dan Seluruhnya Atau Tinggalkan Islam Sama Sekali
BAB KELIMABELAS - Masa Depan Di Tangan Islam

8 TOKOH WANITA PENCETUS TURUNNYA WAHYU







8 TOKOH WANITA PENCETUS TURUNNYA WAHYU
Dr Abd Rahman Umayrah
Mustread Sdn Bhd
RM 25.00










8 TOKOH WANITA PENCETUS TURUNNYA WAHYU yang dipaparkan dalam siri ini ialah ikon atau srikandi umat Islam. Sejarah hidup dan peribadi mereka menjadi ikutan umat Islam hingga akhir zaman. Peribadi ulung yang tiada bandingan ini menjadi pencetus dunia dan kehidupan Islam sejagat.

Pada ketika ini, jika manusia seantero dunia berkiblatkan Barat, siri ini diterbitkan untuk memberi contoh teladan yang boleh dijadikan alternatif ikutan umat Islam.

Apakah keistimewaan dan kelebihan 8 TOKOH yang telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT ini?
- Mereka ialah orang yang paling hampir dengan Rasulullah SAW.
- Mempunyai budi pekerti dan amat lemah lembut hingga dihormati kawan dan lawan.
- Kekuatan mental dan fizikal yang luar biasa.
- Kehidupan mereka sentiasa dalam bimbingan dan hidayah Allah SWT.



KETIKA HATIKU INGIN BERHIJRAH






KETIKA HATIKU INGIN BERHIJRAH
Azmi Ahmad
Mustread Sdn Bhd
RM 15.90











Buku ini secara ringkas menyentuh aspek penting tentang hijrah. Ia menjawab persoalan mengapa manusia perlu berubah dan berhijrah. Kupasannya agak mudah difahami di suntik dengan ayat Al-Qur’an dan hadis. Persoalan hijrah dihubungkaitkan dengan aspek aidah, syariah, tauhid dan kehidupan sosial.

Pembaca akan diajak untuk berfikir tentang kehidupan ini. Malah bermuhasabah tentang diri, mengapa dan adakah ruang untuk mengubah diri. Lantas ia akan membuahkan suatu tindakan untuk membaiki diri ke suatu tahap yang lebih baik.

Apa yang jelas ia bagaikan ‘manual’ panduan untuk memulakan hijrah bagi yang ingin mengubah diri. Ataupun sebagai peringatan agar diri tidak lalai dengan kelekaan kehidupan dunia.

Suatu yang menariknya, membaca buku ini seolah-olah membawa kita membaca kitab-kitab lama yang menginspirasikan. Ini kerana ia turut dimuatkan dengan kata-kata pujangga arab serta kata-kata hikmah yang jarang dimuatkan dalam karya biasa. Pembawakannya luar biasa sekali.

Penyair arab bermadah:
Orang ramai tanpa pemimpin
Huru hara punah binasa
Tidak layak disebut pemimpin
Jika si jahil memegang kuasa

BELAJAR DARI PERJANJIAN HUDAIBIYAH





BELAJAR DARI PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Hepi Andi Bastoni
Rijal Media
RM 16.90












MUNAJAT MALAM





MUNAJAT MALAM
Yusni A. Ghazali
PTS Islamika Sdn Bhd
RM8.00













Kesempurnaan ibadah menjadi matlamat utama umat Islam. Ia hanya dapat dicapai apabila ibadah dikerjakan selaras dengan peraturannya, iaitu tidak mengerjakan sebahagian daripadanya dan kemudian mengabaikan yang lain. Contohnya, mengerjakan tahajud tetapi mengabaikan solat subuh yang fardu. Buku ini memaparkan kaedah mengurus waktu supaya solat tahajud dikerjakan tidak mengabaikan ibadat lain.

Berbeza dengan buku pandauan ibadat yang lain, Munajat Malam tidak sekadar memberikan panduan beribadat pada waktu malam. Sebaliknya, ia membimbing pembaca agar menghayati dan memahami erti pengabdian kepada Pencipta. Bermula dari waktu siang, pembaca diajar menyiapkan diri daripada aspek rohani dan fizikal agar mampu bangun beribadat pada waktu malam. Tip-tip yang diberikan juga sangat dan praktikal untuk siapa sahaja yang mengamalkannya.

Membaca buku ini, anda terpanggil untuk segera mengerjakan ibadah-ibadah malam ini. Pengarang berjaya menimbulkan kesan nikmat kemanisan bersujud di tengah malam, ketika orang lain sedang tidur.

Yusni A. Ghazali atau nama penuh, Muhammad Yusni al-Ghazali adalah anak kelahiran Ponorogo, Jawa Timur. Beliau mendapat didikan agama sejak sekolah rendah dan menengah hingga berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya ke High Institute of Hadith Science Darus Sunnah Ciputat, Jakarta di bawah asuhan Prof Dr. Ali Mustafa Yakub (Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta).

NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR





NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR
Pahrol Mohd Juoi
Galeri Ilmu Sdn Bhd
RM 19.00













Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas: Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku.

Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan.

Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri semula. Pada alam ciptaan Tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil.

Ia bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita.

Dengan gaya santai dan simple, penulis mengocak ‘fikir’ dan ‘zikir’ pembaca – langkah kecil yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan ‘fikir’ dan ‘zikir’ ummah.

“Kelebihan yang terdapat pada beliau (Pahrol Mohd Juoi) adalah keupayaan mengolah sesuatu persoalan daripada dimensi yang berbeza dan memberikan persepsi baru terhadap perkara yang digarapnya.” – Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Kehormat MACMA

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian:

Bahagian 1: Iktibar Kisah Dulu-dulu – Mencari hikmah dan ibrah, teladan dan sempadan, daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang bijaksana untuk mendidik umat.

Bahagian 2: Berguru dengan Alam – Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya.

Bahagian 3: Kata Dikota – Memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya mampu mengubah jiwa!

Related Posts with Thumbnails