





Selamat datang ke blog Exco Keusahawanan Sahabat Masjid UMP.Segala cadangan dan kritikan serta penambahbaikan adalah sangat dialu-alukan.
Buku ini secara ringkas menyentuh aspek penting tentang hijrah. Ia menjawab persoalan mengapa manusia perlu berubah dan berhijrah. Kupasannya agak mudah difahami di suntik dengan ayat Al-Qur’an dan hadis. Persoalan hijrah dihubungkaitkan dengan aspek aidah, syariah, tauhid dan kehidupan sosial.
Pembaca akan diajak untuk berfikir tentang kehidupan ini. Malah bermuhasabah tentang diri, mengapa dan adakah ruang untuk mengubah diri. Lantas ia akan membuahkan suatu tindakan untuk membaiki diri ke suatu tahap yang lebih baik.
Apa yang jelas ia bagaikan ‘manual’ panduan untuk memulakan hijrah bagi yang ingin mengubah diri. Ataupun sebagai peringatan agar diri tidak lalai dengan kelekaan kehidupan dunia.
Suatu yang menariknya, membaca buku ini seolah-olah membawa kita membaca kitab-kitab lama yang menginspirasikan. Ini kerana ia turut dimuatkan dengan kata-kata pujangga arab serta kata-kata hikmah yang jarang dimuatkan dalam karya biasa. Pembawakannya luar biasa sekali.
Penyair arab bermadah:
Orang ramai tanpa pemimpin
Huru hara punah binasa
Tidak layak disebut pemimpin
Jika si jahil memegang kuasa
Kesempurnaan ibadah menjadi matlamat utama umat Islam. Ia hanya dapat dicapai apabila ibadah dikerjakan selaras dengan peraturannya, iaitu tidak mengerjakan sebahagian daripadanya dan kemudian mengabaikan yang lain. Contohnya, mengerjakan tahajud tetapi mengabaikan solat subuh yang fardu. Buku ini memaparkan kaedah mengurus waktu supaya solat tahajud dikerjakan tidak mengabaikan ibadat lain.
Berbeza dengan buku pandauan ibadat yang lain, Munajat Malam tidak sekadar memberikan panduan beribadat pada waktu malam. Sebaliknya, ia membimbing pembaca agar menghayati dan memahami erti pengabdian kepada Pencipta. Bermula dari waktu siang, pembaca diajar menyiapkan diri daripada aspek rohani dan fizikal agar mampu bangun beribadat pada waktu malam. Tip-tip yang diberikan juga sangat dan praktikal untuk siapa sahaja yang mengamalkannya.
Membaca buku ini, anda terpanggil untuk segera mengerjakan ibadah-ibadah malam ini. Pengarang berjaya menimbulkan kesan nikmat kemanisan bersujud di tengah malam, ketika orang lain sedang tidur.
Yusni A. Ghazali atau nama penuh, Muhammad Yusni al-Ghazali adalah anak kelahiran Ponorogo, Jawa Timur. Beliau mendapat didikan agama sejak sekolah rendah dan menengah hingga berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya ke High Institute of Hadith Science Darus Sunnah Ciputat, Jakarta di bawah asuhan Prof Dr. Ali Mustafa Yakub (Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta).